Thursday, February 23, 2006

apa aku buat hari ini

apa yg aku buat hari ini? hari ini hari ketiga final exam (4th year). pukul 9 a.m. ada 応用物理(Applied Physics) pastu pkl 10:05 a.m. ada 流体工学(Fluid Enggineering) sampai la pkl 11:05 a.m. hmm... ntah la, 応用物理 mcam nak kantoi plak, tapi 流体工学 mcam nak dapat 100% plak. paper seterusnya hari isnin nih so aku ada 3 hari cuti.

Abis aje 流体工学, aku terus balik ke bilik, ambik kunci basikal, pastu pegi ke satu saloon nih nak check brapa dia charge untuk normal cut. mcam sial mahal gila, 4000 yen utk normal cut aje! shit aku sebenarnya nak cuba gunting rambut kat kedai ni plak tapi tengok harga, aah fuck it baik aku pegi silva hair, dapat save 1000 yen. dekat setengah jam diaorg balun kepala aku, baru la rambut aku jadi pendek balik. huhu best plak aku rasa rambut baru aku nih, ada image 春(haru - musim bunga) plak.

lepas aku bayar bill, stylist yg potong rambut aku mintak salam. heran gak aku tapi aku salam aje la. pastu mcam biasa la, dia ikut aku sampai keluar kedai, pastu tunggu depan kedai sampai la dia dah tak nampak aku sambil lambai bye bye ngan bow. ni memang cara kedai kat jepun express 'terima kasih'. aku tau la yg dia takde la ikhlas sangat buat benda2 tu tapi anyhow, it makes you feel like a 'king' for a moment there. org jepun memang pandai jaga hati pelanggan, walaupon tak semestinya ikhlas, bagi diaorg imej di mata pelanggan tu penting gila. lepas gunting rambut, aku pegi AEON nak cari seluar slack ngan baju kemeja baru sebab seluar slack aku skang dah tak muat siot betul. awal bulan 3 nih ada 留学生意見交換会( foreign student opinion exchange : meeting + party tapi kena pakai formal which means a full suit, neck tie and black shoes).

AEON nih kedai specialist on coats & suits for 'elegent' men and women; that's what they said on the pamphlet. aku pon angkat la sehelai seluar slack kaler dark navy blue pastu mintak dia potong kaki. 3800 yen. ok gak la harga. sementara tunggu dia siap jahit kaki seluar tu, aku pusing2 la kawasan kemeja lak. ntah mcam mana mata aku bole tersangkut kat satu baju kemeja kaler hitam nih, macho gila. reger 5120 yen. mak oih mahal nyer! alamak mcam mana nih?!! aku tengok balik wallet, duit cukup pulak dah siot betul kena la beli. so aku pon panggil la org kedai (makcik, umur maybe 40-an) mintak dia bawak saiz LL. tapi malang sekali takde dalam stok plak. fuuh selamat duit aku. but wait, this is not over yet, makcik tu cakap aku bole order baju tuh pastu datang ambik hari sabtu nih. adoih makcik asal la ko bagi cadangan tu, so terpaksa la aku order hehe. tapi ntah kenapa aku rasa makcik tu mcam gelabah sket bila cakap ngan aku, mcam tak biasa jumpa foreigner.

aku rasa dia nih one of those japanese who magically becomes nervous when they're with foreigners. dah banyak aku jumpa org kedai yg mcam nih. gelabah gila bila nampak pelanggan foreigner. bkn apa, diaorg takut yg foreigner tu tak reti cakap jepun. kalo customer tu tak paham bahasa jepun, mcam mana dia nak tunjukkan dia punya 'kesopanan' dan rasa 'hormat' dia terhadap customer tu? time aku bagi bill for the slacks, dia tanya la asal mana. aku cakap malaysia. dia pon buat2 kenal malaysia hehe. pastu puji aku terror bahasa jepun, hek alah tu saja nak cover dia tak tau kat mana malaysia la tu. pastu time aku keluar kedai AEON tu, mcam biasa la dia ikut sampai keluar kedai, bow dua tiga kali pastu tunggu kat depan pintu kedai tu sampai la dia tak nampak aku. aku kayuh basikal aku slow2 sket, biar dia tunggu lama sket hahaha. pastu bila dah jauh sket (dalam 30m kot) aku tengok belakang, fuuh still tunggu depan pintu tuu, siap bow sekali lagi kat aku. rasa bersalah plak hehe sorry makcik wuahahaa. tapi aku respect aa cara org jepun jaga hati pelanggan. aku rasa kalo kat mesia ada org buat mcam tu, suka hati la pelanggan nak pegi kedai dia.

Sampai bilik, aku solat asar pastu bukak computer. sementara tunggu margrib (ada 30 minit lagi), aku ambik gamba aku pakai webcam, pastu letak dalam friendster. rambut baru feweet! mcam bezita pon ada jugak but i like it !!! what do you think? leave a comment at the bottom okeh?! or why don't you try my new chat board on the left side of this site? have a nice day!!

2 comments:

  1. Anonymous10:51 PM

    topix... ni blog ko ke? ako rasa cm dh pnah msuk blog ni tapi tok tau ni mu hok pnye.. tgk gamba pn lain gle.. hoho~

    dam i always wanted to go to japan, you've already been there first long time ago.,

    nway... stadi leklok., gudluck.,

    ReplyDelete
  2. oo. yaa dah lebih 3 tahun duk jepun. tapi duk kat mana pon ok apa asalkan berusaha sungguh2.

    anyways, ur blog is cool!

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin