Tuesday, April 28, 2009

40 dak skolah kena histeria?

copied from Utusan Online:

ALOR SETAR 28 April — Sekolah Menengah Langgar di sini, kecoh apabila 40 pelajar perempuan di serang histeria secara berperingkat selepas majlis bacaan Yasin diadakan di sekolah itu pagi semalam.

Difahamkan 22 pelajar tingkatan satu hingga lima diserang histeria semalam, manakala 18 lagi hari ini.

Seorang pelajar, Nor Junainah Ahmad Fauzi, 13, berkata kejadian bermula apabila sebilangan pelajar mendakwa terlihat kelibat wanita berambut panjang serta bayangan hitam dalam keadaan mengerikan berlegar-legar di kawasan sekolah itu.

Pelajar yang terkena serangan histeria itu meracau-racau serta menjerit selepas mendakwa terlihat kelibat wanita yang tidak menampakkan wajah itu, katanya.

Sementara itu, rata-rata ibu bapa pelajar yang ditemui di sini, melahirkan rasa bimbang jika kejadian itu berterusan kerana ia boleh menjejaskan persekolahan anak-anak mereka.

Seorang ibu, Latifah Jaafar menyarankan agar pihak sekolah segera menyelesaikan masalah berkenaan kerana keadaan itu menyebabkan pelajar takut untuk ke sekolah.

Pengarah Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama megesahkan kejadian itu dan berkata majlis bacaan Yasin serta khidmat bomoh diguna untuk meyelesaikan masalah berkenaan.

“Pihak sekolah tidak memutuskan untuk memberi cuti kerana ia hanya melibatkan pelajar perempuan, bagaimana pun keputusan lain akan dibuat jika perkara ini berlarutan,” katanya.

— BERNAMA

*+*+*+*+

Aku sebenarnya seorang yang tidak percaya langsung dengan kewujudan hantu.

Toyol ke, pontianak ke, hantu kopek lanjut ke, apa sahaja jenis hantu yang popular dalam mana2 budaya di seluruh dunia.

Aku tak percaya langsung dengan kewujudan mereka.

Dan selama ini aku tak pernah lak memandang serong mereka2 yang percaya dan menakuti kewujudan hantu.

Tapi bila terbaca berita seperti diatas, dimana 40 orang pelajar sekolah perempuan terkena histeria disebabkan 'group fear mongering' yang terlalu extreme, aku rasa sudah sampai masa nya kita mendidik anak-anak kita dalam enviroment yang bebas daripada kepercayaan karut dan membuang masa lagi tenaga nih.

Kepercayaan kepada hantu nih sepatutnya dijadikan sumber hiburan sahaja, bukan nya nak percaya sampai memudaratkan pelajaran dan kestabilan emosi.

Kesian budak-budak nih duk takut dengan imaginasi dan khayalan sendiri.

P/S: Kepada yg nak warning aku supaya jangan tunjuk berani cakap tak takut hantu --> nanti kena kat batang hidung sendiri baru tahu, jangan risau... sebab aku lagi menakutkan daripada hantu2 tersebut hahaha. Takpe, aku dah jumpa mcam2 jenis hantu dah, dan semuanya hanyalah mainan minda aku yg kreatif aje.

Tapi jangan toleh belakang time korang baca post nih.

Hehehehe.

7 comments:

  1. Aku penahlah jumpa kes mcm nih wkt kat skolah dulu..about 20 student histeria. Ada yg mcm kena rasuk. kat room kita ada 2 orang yg kena, guest what we do when we get fed-up of their screaming, kicking and other weird behavior...we closed the door dan ancam nak tanggal semua pakaian diaorang..the weird thing is tau malu pulak tu, dah tu sedar pulak. well kdg2 manusia tu sendiri yg nak jadi hantu

    ReplyDelete
  2. Msia ni banyak kepercayaan karut marut.. tak paham gile aku.. bomoh sampai skarang ni ade orang percaya.. although aku tak nafikan Jin semua tu, but then yang empunya kuasa siapa?

    entah la, bile la boleh berubah pandangan depa ni.. patut majalah merepek cam Mastika tu dihapuskan je.. merosakkan minda orang.. Lembaga sana, lembaga sini, kelibat orang sana, kelibat orang sini.. haish..

    hantu bleh plak kita takut, tapi wat dosa tak reti reti nak takut.. oh well..

    ReplyDelete
  3. @cinta: thanks for sharing your personal experience. apakah yg anda rasa merupakan penyebab utama budak2 perempuan nih kena 'histeria'?

    @munsep: orang malaysia percaya benda karut mengarut tu sebab terpengaruh ngan cerita orang2 dewasa time diaorg kecik2 dulu. so kita kena la stop preaching those ridiculous stories to our own children.

    ReplyDelete
  4. well,I'm not really sure kenapa budak perempuan yang selalu kena histeria, sebab tak penah pulak aku yang kena. But i think kepercayaan yang teramat sangat mendalam pd hantu nih + takut = histeria. Tapi ada juga yang tengah putus cinta histeria, gagal ujian pun histeria, tengok cikgu handsome kat sekolah pun histeria. I don't deny there could be another life instead of living human, but lets just say..kalau ada orang yang takut hantu, bear in mind..ada jugak hantu yg takut manusia.

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:26 PM

    emmm..sorry to interrupt....in my pov...spesis hntu ni maybe ade....tu pun jelmaan syaitan....kan syaitan tu dah janji nk kacau cucu cicit adam sampai kiamat...mugkin spesis syaitan ni la yg kacau bebudak histeria tu...n one more thing...its a good thing taht u r not afraid to ghost since ghost(if they really exist la) is also one of the creation of Allah....same gakla ngn kite..hamba Allah..kite kene tahu yg Allah Maha berkuasa atas segala2nya...xyah duk caye bomoh yg karut2....lenla bomoh yg betul2 guna ayat2 suci Al-Quran utk halau syaitan2 ni..ape2 pom....berlindungla dgn Allah....wassalam

    ReplyDelete
  6. @cinta: tengok cikgu hansome pon bole kena histeria? hahaha lawak betul. anyways, i always thought that humans are way more scarier than ghosts!

    @anonymous: no need to apologize, you should stand by your own opinion. berkenaan dengan bomoh plak, masyarakat secara otomatik anggap yg kalo dia pakai ayat Al-Quran, bomoh tu legit 100%. sedang kan dia hanya guna ayat tuh untuk tipu pelanggan dia ajeh.

    ReplyDelete
  7. mmg mainan perasaan je tuh. yg peliknya ms skolah je. dah hbs skolah, xde plk takut hantu. kesimpulannya, hantu suka bdk skolah @ budak sekolah suka hantu? :p

    ms kat hostel dulu2..mcm2 hantu ada. hantu galah yg boleh langkah 5 blok skaligus..hantu karipap la, ketuk tingkap cr customer..hantu kum kum la...mcm2!
    tp x penah la pulak jmp 'live'! byk dr cerita org je..hmm..

    p/s: katil(double decker) bergoncang kuat tetengah mlm. ingat ada hantu dah..rupe2nya member kat atas dok garu sakan, nyamok byk! ciss

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin