Wednesday, August 19, 2009

syurga atau neraka?

petikan dari BERNAMA:

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin.

Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Raja-Raja Kali ke-188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga. - Bernama

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

cukup lucu sekali petikan berita di atas.

mungkin Prof. Datuk Abdul Shukor Husin fikir golongan muslim/muslimin di Malaysia itu,

semua nya bodoh lagi bangang.

seperti mereka semua nya tidak tahu bahawa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu hanyalah semata-mata pendapat peribadi nya yang dipengaruhi pegangan politik sahaja.

pakai pengaruh dalam agama untuk meraih sokongan politikal.

bukan kah suatu ketika dahulu Tuan Guru pernah guna teknik yang sama?

cepat lupa lah orang Malaysia nih.

kerajaan pun cepat melatah, bimbang rakyat akan percaya bulat-bulat.

terdesak?

takut dan bimbang?

kerajaan dan pembangkang, kedua-dua nya.

main-main, anjing-anjing, bodoh-bodoh kan rakyat.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
syurga atau pun neraka, tiada manusia yang tahu.

sebaik-baik manusia pun, tiada manusia yang tahu.

sejahat-jahat manusia pun, tiada manusia yang tahu.

loop-hole agama?

mungkin!

tapi di situ lah ironi nya.

dan ironi itu sungguh sadis kenakalan nya.

4 comments:

  1. pndpt ak,klo ko murtad,kompom msuk neraka kn?sape pon taw kn?mmg 100%.

    ak bg 2situation,
    1 ko xnk sembayang n ko xsmbayang.ko bdose sbb ko xlaksanakn ibadat.i2 smua pon taw.

    tp klo ko ckp sembayang i2xwajib,ko dkire bukn islam.

    bukn islam bmksd kafir,kafir msuk neraka.pastu ko g check la ape yg mnybbkn nik aziz ckp mcm 2.ko org klntn.msti lg taw.
    tp bnde ni bukn latah.ni nk dpt kn political mileage.sj spin.yg dbesarkn msuk neraka.tp full content xamik.PAS suke kafir mengkag´fir,tp judgment die xnk amik.sbb 2ak rs perlunye debat or forum,br la ko taw ape kebendenye.niat nye.bg ak ko xlayak nk pngil diri ko engineer klo ko kate ferrari i2kete paling bgus,tp highlight kn judgementnye.cth suspension.myb kete proton bgus,bgus pd pemegang cawan or dashboard nye.bukn ksimpuln yg kt nak amik,tp argumentnye.

    ak bukn bash or ape la,just my 2cent

    ReplyDelete
  2. tak kira la bagaimanapon janji Allah kepada manusia, last2 yg tentukan sapa pegi mana ialah Allah. dosa pahala tolak tepi.

    Tuhan tidak perlu berpegang kepada janji sesiapa. Sebab itu la Dia Tuhan.

    manusia sehebat mana pon tidak bole buat ramalan.

    jika mahu ambil pengajaran dalam 'judgement process' nya, sudah terang masih mahu suluh, semuanya for brain-washing.

    PAS rabun dengan fahaman Islam-Malaysian-version nya dan UMNO pula berpura2 Islamic untuk dapat undi.

    PAS dan UMNO, dua2 masuk neraka.

    kita semua masuk neraka, dude.

    hahaha.

    kita semua mendabik dada melaung 'aku paling benar! korang sumer salah! ikut aku ke pintu syurga!'.

    sedangkan jalan ke pintu kecil tersebut sudah terhakis dek perbalahan pak2 arab selepas Rasulullah saw wafat.

    everyone is going to hell. we don't need a politician to remind us that.

    ReplyDelete
  3. ak agree on that.hell is sure.just mcm exam.klo ko usaha ko ad chance utk lulus or x,klo ko xusaha confirm xlulus.chance klo ko xusaha,ko xlulus 2besar.

    "Islam-Malaysian-version" .ak xrs bnde ni relevan pon.zaman nabi dulu ak rs xde pon islam versi madinah or versi lain.

    myb ak leh tulis pnjg,tp ak mcm rs pnpt ko ngan ak bbeza n lead to anger.

    by all mean,klo kate2 ak cam xbest ak mntk maaf

    ReplyDelete
  4. there is no anger involved in this discussion.

    i just don't see it leading anywhere.

    perbezaan pendapat itu bagus sebenarnya; membuka minda tentang idea2 dan buah fikiran yang berbeza.

    when it comes to religion though, everyone has a right to pick and choose, but no one should be allowed to exercise their muscle and enforce it onto another free being.

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin