Wednesday, August 19, 2009

syurga atau neraka?

petikan dari BERNAMA:

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin.

Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Raja-Raja Kali ke-188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga. - Bernama

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

cukup lucu sekali petikan berita di atas.

mungkin Prof. Datuk Abdul Shukor Husin fikir golongan muslim/muslimin di Malaysia itu,

semua nya bodoh lagi bangang.

seperti mereka semua nya tidak tahu bahawa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu hanyalah semata-mata pendapat peribadi nya yang dipengaruhi pegangan politik sahaja.

pakai pengaruh dalam agama untuk meraih sokongan politikal.

bukan kah suatu ketika dahulu Tuan Guru pernah guna teknik yang sama?

cepat lupa lah orang Malaysia nih.

kerajaan pun cepat melatah, bimbang rakyat akan percaya bulat-bulat.

terdesak?

takut dan bimbang?

kerajaan dan pembangkang, kedua-dua nya.

main-main, anjing-anjing, bodoh-bodoh kan rakyat.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
syurga atau pun neraka, tiada manusia yang tahu.

sebaik-baik manusia pun, tiada manusia yang tahu.

sejahat-jahat manusia pun, tiada manusia yang tahu.

loop-hole agama?

mungkin!

tapi di situ lah ironi nya.

dan ironi itu sungguh sadis kenakalan nya.

0 CoMmEnTs:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin