ok kami (aku ngan yusei la) sampai umah dalam pkl brapa ntah aku tak ingat, tapi bukak aje genkan (玄関 - pintu utama), hidung aku telah dapat mengesan bau2 enak datang daripada dapur. jenguk2 diaorg dah mula buat persediaan untuk makan malam. aku sebagai orang melayu yg sopan lagi beradab tertib ketimuran gemilang pon apa lagi, cakap la yg aku nak tolong. tapi buat kali ke brapa ntah la mak dia cakap tak payah la duduk aje la depan tv, lagipon dah nak siap dah. aku pon naik la atas, gi berak. aahh best. turun2 hidangan makan malam dah siap. gilak ah sumer nampak sedap ajo wooh bahagia sial !! banyak jugak jenis2 lauk malam nih. ada tempura, miso shiru, daikon, pastu abenda lagi ah nama aku lupa nak tanya. terror sial mak yusei masak. brapa kali ah aku tambah. lauk paling sedap malam tu nama dia aku lupa, dia pakai ikan saba (ikan jepun fav aku !!) yg dibalut ngan rumpai laut pastu di biarkan dalam sup miso selama satu hari suntuk. sedap gilo brapa ketul ntah aku makan. ahaa sebelum kami makan hidangan utama, mak dia keluarkan steamed shellfish (nama melayu lupa plak) yg separuh masak. uhh juicy gila, dah la besar. banyak gak aku makan, dalam 3-4 ketul kot. aa pastu malam tu buat pertama kali jugak aku makan karashi mentaiko (辛子明太子 - telur ikan kod yg diperam ngan cili ngan garam). sedap gila benda nih kalo makan ngan nasi.
pastu lepas makan, mak yusei ajak main babanuki untuk pilih sapa yg akan basuh pinggan mangkuk malam tu. aku pon cakap la tak payah main pon takpe, aku pon bole tolong basuh. lagi sekali mak dia tolak pelawaan aku untuk tolong. so kami main la, akhir sekali yg kena basuh pinggan malam tu: aku ngan hoshimi. aku sengaja aje bagi kalah supaya dapat jugak aku wat kerja dalam rumah nih. time basuh pinggan mangkuk, aku tanya la hoshimi mcam2. aku tanya pasal mcam mana life org yg baru masuk society kerja nih (hoshimi sama umur ngan aku, start kerja sebagai wartawan majalah remaja beberapa bulan lepas). dia cakap ok aje cuma letih sebab sibuk gila. tapi aku terkejut gak sebab dia kata dia tak minum arak & tak isap rokok. sebab aku terkejut adalah kerana majoriti org jepun yg bekerja nih kalo lepas kerja, memang jadi tradisi diaorg utk ajak rakan sekerja pegi izakaya utk minum2. dia cakap memang rakan kerja dia ajak gi izakaya, tapi dia cuma order jus oren aje la. time aku cakap kat ayah yusei yg muslim tak minum arak, dia terkejut plak; dia kata: "mcam mana diaorg nak hilangkan stress lepas kerja tanpa minum arak?". aku cakap aje la org mesia pon kuar gi makan jugak tapi tak minum arak pon bole hilangkan stress. pastu aku tanya plak hoshimi, percaya kat tuhan ak? "hmm.. tak kot" dia jawab. pastu dia sambung "org jepun generasi muda2 skang dah tak percaya pada agama. tapi time ada festival apa2, kami join jugak asalkan best dan seronok". hmm mcam tu ke? (aku dah tau sebenarnya, cuma saja nak borak). pastu aku pon citer aa pasal org mesia yg hampir sumer nya percaya kat tuhan; tak kira la muslim ke, buddist ke, christian ke sumer nya at least ada kepercayaan terhadap tuhan. dan walaupon kami org mesia ada kepercayaan dan budaya masing2, takde la nak gaduh2 sembelih adik awak tikam abang jiran sebelah. kami idup aman ajeh, aku pon suka ngan mesia sebab mcam2 jenis budaya bercampur aduk dan masing2 bole bawa identiti sendiri tanpa ancaman drpd org lain. tak mcam jepun yg hanya ada org jepun, malaysia is truly a multi-cultural country yg aman dan menampakkan potensi utk menjadi negara yg maju.
lepas basuh pinggan, kami duk depan tv ajeh sampai la pkl 1pagi. sebelum aku naik tido, yusei suruh aku ingat apa yg akan aku mimpi malam ni. mimpi yg kita lihat pada malam new year (1hb punya malam) ni org jepun panggil hatsu yume (初夢), kalo ko mimpi nampak gunung fuji, makna nya bagus la ko punya tahun. aku ingat mimpi aku malam tu. pelik betul mimpi aku. aku mimpi hoshimi masuk bilik aku tgh tido pastu dia ajak buat sex. wtf !!?? aku pon cakap la yg muslim nih haram berzina, tapi dia nak buat jugak siap bukak baju sumer sambil cakap yg dia dah lama nak wat sex ngan foreigner. so aku pon lempang la hoshimi sampai dia rebah pastu dia pon blah dr bilik aku. ntah mcam2 mana ah, sedar2 dah pukul 9 pagi. wooh nasib baik mimpi aje. yusei ajak aku turun makan sarapan pagi. mak dia tanya la apa hatsu yume aku. takkan la aku nak cakap "saya mimpi anak pompoan sulung makcik ajak saya buat sex tapi saya tolak", so aku tipu la dengan niat baik " saya mimpi saya jumpa ngan family saya kat mesia. mungkin sebab saya terlalu tersentuh dengan kebaikan family makcik selama 3 hari ini. terima kasih banyak2 sebab sudi ajak saya untuk sambut tahun baru bersama2. ini merupakan satu pengalaman yg amat berharga untuk saya". bla bla bla aku pon berterima kasih, puji2 sket pastu suruh diaorg jaga kesihatan; sumer nya itu perkara2 yg sepatutnya kita cakap kalo dah stay beberapa hari kat umah org jepun; mori (tutor aku) yg ajar sumer nih. nasib baik aku ingat sumer.
aku dah nak balik ke asrama dah petang tu, so sebelum aku blah, aku mintak la nak ambik gamba ngan ahli famili diaorg. tapi hoshimi takde plak sejak pagi lagi, mak dia ckap yg hoshimi dah keluar pegi mana ah sejak pkl 7pagi lagi. hmm.... semalam tu mimpi ke betul ah? anyways, yusei yg ambik gamba nih. sebelum blah, nenek yusei datang bawak apple ngan kacang, dia suruh aku bawak balik makan. sebelum blah tu biasak la, kena la ikut adat org jepun, so aku cakap la benda mcam mekasih, jaga kesihatan sumer dalam bahasa jepun yg sopan, bow, pastu blah. lambai bye bye sampai la tak nampak diaorg lagi. tu cara org jepun say goodbye kot. ayah yusei nak anta aku sampai ke train station so aku naik aa keter ayah dia. tengah jalan tu terserempak ngan satu couple pakcik makcik nih, keter diaorg terbabas masuk longkang. kami pon turun aa dr keter nak tengok kalo2 ada benda yg bole kami tolong. nasib baik takde yg cedera, cuma diaorg tak bole nak tarik kereta diaorg keluar dr longkang tu. kami tak leh tolong apa2 jugak so diaorg call la tow truck. kat iiyama nih salji turun lebat gila, time aku pegi tu salji dah sampai 2 meter. skang dah 4 meter. rumah yusei ada 3 tingkat. tingkat 1 ngan 2 dah tertimbus ngan salji dah. bukak tingkap nampak tembok salji aje. jalan pon penuh ngan salji, so memang licin la jalan tuh, senang aje kereta nak spin. kami naik keter balik, ayah yusei pon anta la aku sampai ke train station.
train aku dah sampai so aku mintak diri dulu la. aku baru sedar yg selama nih aku tak penah lak bersalam ngan ayah dia. aku pon pegi la dekat sket tapi sebelum sempat aku hulurkan tangan nak bersalam, ayah dia bow goodbye lak. lepas aku balas bow tuh baru la aku hulurkan tangan nak salam. ayah dia nampak mcam kekok plak nak bersalam tapi nasib baik dia salam gak. pkl 12.45 train aku berlepas. tut tuut mana ada train yg bunyi mcam tu dah. waa best sial 3 hari nih.
so, buat pertama kali nya aku sambut new year japanese style. perbezaan sambutan new year kat jepun ngan malaysia ialah: new year kat mesia meriah gila ngan bunga api sumer, tapi sambutan new year kat jepun lebih relax dan lebih tertumpu kepada spending time bersama2 famili makan makanan tradisional. aku rasa musim new year lah merupakan musim paling 'senyap dan slow' kat jepun. sumer org relax, dan cuba untuk enjoy cuti bersama famili dalam keadaan aman dan tak buat bising. yahoo abis gak post nih! nanti aku tulis pasal benda lain lak yg ada kaitan ngan life aku kat jepun nih. akhir sekali: ake ome everybody!
No comments:
Post a Comment
Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。