semalam junior aku, seorang indian-fijian yg badan nya besaq nak mampos ngan saiz kaki nya 30cm, buat la satu kelas 'perbualan bahasa inggeris' kat skolah untuk bebudak jepun; so dia ajak la bebudak foreign student lain yg tau cakap english supaya tolong dia handle kelas tu. aku nih memang dah lama gilo tak cakap english so memang kelas nih aku semangat gila nak pegi. last time aku cakap english adalah ngan sorang cambodian-american aeronautic engineer masa aku naik flight dr Kl-Narita baru2 nih. cakap kejap aje, dalam 30 minit aku terus pengsan sebab ngantuk.
aku rasa sangsi (!!) jugak, ada ke budak jepun yg nak datang? bkn apa, sebab setau aku, mana ada budak jepun yg minat nak cakap english. senang citer, english diaorg masih teruk gila dan belum cukup untuk join satu perbualan yg menggunakan bahasa inggeris. tapi sampai2 aje kat kelas tu, aku lega sket sebab ada la dalam 6 org yg datang. bdk foreigner plak 3 org skali ngan aku. ok la tu kot.
kelas tu dijalankan denga cara santai aje, takde serius2 sangat. bebudak foreigner keluarkan tajuk, sumer org bagi pendapat pasal tajuk tu. kedudukan semua org dalam kelas tu suka hati aje. mana ada kerusi kosong, duduk la ko kat situ. aku rasa cara ni mcam tak berkesan sangat. aku rasa lebih baik buat kelas tu menggunakan pendekatan yg lebih..... rapat? mcam sorang foreign student handle 2 org dak jepun. mcam tu lebih senang diaorg nak tanya aku apa sebab kalo buat dalam group yg besar, susah la nak stop perbualan tu kalo ada apa2 yg diaorg tak faham.
antara 6 org bebudak jepun tu, ada sorang yg baru balik dr wat homestay kat new zealand selama setahun. english dia memang aku akui lagi bagus drpd bebudak jepun lain tak pronunciation dia sama aje. masih lagi cyan yu supeeku ingurish? nampak nya pegi homestay selama setahun pon tak bole hilang kelemahan paling besar org jepun nih. lidah keras. masalah ngan budak ni adalah bila dia rasa dia dah terror sikit, dia mula cakap laju ngan suara yg rendah. mana ada org nak faham.
aku nih bersungguh2 cakap perlahan2, setiap perkataan aku sebut betul2 ngan clear ( yakni ngan bersungguh2, tak semestinya betul2 sama mcam native cakap pon ) supaya org lain mudah faham, dia nih pulak cakap ngan cara oh punya la malas nya direnjis ngan sikap berlagak sket2. 調子乗ってんじゃねぇよ!dah pandai sket nak tunjuk terror la tu. tapi aku rasa memang patut dia tunjuk terror pon sebab bukan ramai org jepun bole cakap english mcam dia. satu lagi, org yg bole cakap english nih 'cool' la sket, lagi2 kalo pronunciation dia bagus. level english dia tuh aku rasa lebih kurang sama time aku tingkatan 3, dimana waktu itu, aku masih belum kenal siapa itu eminem dan AliG/Borat.
arr bosan nya post aku hari nih. aku sengaja ajer nak tulis kot bahasa melayu ari nih sebab tadi aku baru rasa teruja setelah mendengar lagu rock kapak tahun '80 yg best gila nak mampos: left handed tiada lagi kidung mu. weeei nampak gaya nya aku kena lebihkan sket lagi usaha aku dalam menulis post kat sini dalam bahasa melayu.
setagho mano asing tanoh ambo pijok, daroh ku, hati ku, lidoh ku tetap melayu. tapi susoh kalu tok paka bahaso sendiri sokmo, kade2 buleh lupo.
Tuesday, January 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。