Monday, November 20, 2006

masak2 bersama taufiq ali

marilah kita daulat kan bahasa melayu hehe. hmm... sebenarnya takde benda nak buat; ni yg tulis post baru nih. nak cerita sedikit pasal masak-memasak hehe. sebenarnya aku dah bosan gila asyik duk masak benda yang sama aje jadi hari ni aku cuba sesuatu yg lain dan baru sket.

tengahari tadi time rehat aku tengok senpai aku makan nasi paprik. aku pon apa lagi pow la sket. uih sedap aje. so bila masuk malam aku check la kot internet, cari resipi nak buat nasi paprik. pastu pegi la lembutkan daging ayam ngan masak nasi dulu. sejam lepas tu, acara memasak resipi baru bermula. wa wa wee waa !

senang aje nak masak sebenarnya. mula2 potong la daging ayam tu kecik2 pastu goreng. tapi aku rasa aku tak potong besar2 sket tapi so ni kesilapan pertama aku. lepas goreng sampai dia nak masak2 sket, masukkan la cili, bawang besar ngan bawang putih yg telah di blend. tapi ikut resipi tu dia suruh letak bawah merah bukan nya bawang besar tapi aku takde so selamba aje la. tunggu lebih kurang 3-5 minit, pastu masukkan la sos tiram, sos tomato ngan kicap manis. sos cili takde so nak buat mcam mana. bila kuah dah mengelegak sket, tambah la air untuk ubahsuai kekuatan rasa kuah.

lepas tu, masukkan serai, daun limau purut ngan tomato 2-3 biji. serai tu dimasukkan setelah dihentam puas2 dengan senduk kayu. groovy terus bau masakan berubah. org2 melayu yg belagak mat saleh kata " wow nice aroma ! ". kacau. kacau. kacau. pastu siap la. pastu tiba la saat2 yg paling mendebarkan: testing.

uhh memang cuak gila. tapi bila aje sudu yg menampung kuah paprik yg buat pertama kali aku masak tu masuk kedalam mulut, ohh betapa lega nya hati. damn i'm a fucking genius ! ha ha ha menjadi ayam paprik aku ha ha ha. apalagi terus pegi ambik nasi, pastu pulun puas2. gilak ah dah setahun setengah tak makan paprik. mcam sial aje. syukur alhamdulillah.

aku bukan apa, sebab no 1 aku malas nak cuba resipi baru ialah takut tak menjadi. kalo tak menjadi, pastu tak sedap pulak tuh, mana bole buang, membazir nanti. jadi kena la makan sampai habis. ada sekali tu aku buat kari ikan tak menjadi. aduuhh memang tak sedap langsung. 2 hari makan baru la habis. memang seksa betul 2 hari tu. ada lagi satu tu aku masak nasi beryani buat pertama kali. tak menjadi jugak. tak sedap langsung, rasa mcam makan racun aje tapi bila terbayang kan budak2 kat afrika, aku habis kan jugak sambil gelak kan diaorg untuk melawan emotion damage yg aku terima daripada kegagalan untuk memasak nasi beryani yg betul. yg tu pon 2 hari makan baru habis. macam sial.

adoi abenda la post aku hari nih. tapi ok jugak sebab dah lama tak menaip kot bahasa melayu. habis satu post firefox punya spell checker tanda merah. hehe. weh kepada yg masih pakai internet explorer tu, cepat2 la murtad dan masuk geng2 firefox 2.0. memang power dan banyak fungsi browser nih. ringan pulak tuh !

ok chow ! next time aku masak paprik, aku nak masukkan sayur2 plak mcam carrot, broccoli, jagung etc. mesti lagi sodap, bole ajak mori join makan sekali hehe.


Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
aku tau la gamba2 kat atas ni nampak takde la mcam sedap sangat tapi bagi aku memang sedap gila, aku bangga dengan diri sendiri. lain kali aku nak cuba improve plak cara aku hias hidangan hehe. biar kalah andartu2 yg tak reti masak heheehhehheehha.

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin