Sunday, September 17, 2006

ketulan coklat yang ku telan

Image Hosted by ImageShack.us
adoih. hari ni aje dah brapa ketul almond chocolate aku makan. rasa mcam nak jatuh sakit pulak. yay hari ni aku post dalam bahasa melayu oh yeah !!! err... dah masuk bulan 9 nih aku dah jarang benar post apa2 kat sini. sebenarnya ada macam2 yg aku nak tulis tapi takde masa nak prepare dan tulis panjang.

nak tulis pasal kes pembunuhan pelajar perempuan tokuyama kousen yg mana suspek kes tersebut yg juga merupakan classmate and research-mate mangsa dijumpai mati tergantung kat kawasan bukit, nak tulis pasal pope benedict yg membangkitkan kemarahan muslim pastu kata dia tak berniat langsung walaupon aku rasa dia tak patut cakap benda tu walaupon hanya untuk meng'quote' seseorang, nak tulis pasal lonelygirl 15 yg amat popular kat youtube tapi sebenarnya semua itu hanyalah satu lakonan yg menyebabkan berjuta2 peminat nya rasa tertipu dan naik bengang, nak tulis pasal peningkatan kawan2 perempuan muslim ku di friendster yg selalu post cerita2 lucah kat bulletin board, nak tulis pasal diri aku sendiri ni yg semakin lupa arah tuju dan matlamat hidup, nak tulis pasal macam2.

tapi ade faedah ke tulis benda2 mcam ni? aku pernah terbaca satu tulisan seorang ahli psikologi, yg aku dah lupa nama dia; berdasarkan kajian dia, menulis diari atau pon blog nih boleh membantu mengurang kan stress. ntah betul ke tak ahli psikologi tu, aku rasa mcam tensen aje bila menulis kat sini hahaha.

dan kadang2 ketika aku mandi, aku terfikir. kenapa, walaupon rambut aku lurus, tapi bulu pubis ku berkerinting? nak cari info pasal ni tapi takde masa. ada sesiapa bole tolong bagitau? classmate aku lebih drpd separuh yang ambik medic, mesti diaorg boleh tolong explain kat aku.

hmm... rupa2nya ke'merapu'an aku ni lebih hebat ketika aku berblog dalam bahasa melayu berbanding ketika aku menulis dalam bahasa orang putih. baru aku tahu.

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin