Saturday, March 17, 2007

SOTSU OME !!!

sotsu ome merupakan singkatan kepada ucapan ご卒業おめでとうございます(gosotsugyou omedetou gozaimasu) yang membawa maksud " selamat graduate! ". yap. setelah 3 tahun duduk relax2 sambil tunggu duit masuk tiap2 bulan kat Nagano National Collage of Technology (NNCT), akhirnya graduate juga aku drpd sekolah ini. foreign student yg graduate tahun ni ada 4 org aje. 3 mesia sorang mongol.

baru aku tahu, majlis graduasi kat jepun nih teramatlah formal dan bosan yang amat. majlis ni menyedarkan aku balik betapa skema nya orang jepun bila buat majlis2 formal macam ni. semua org dalam dewan tu senyap aje bila org kat atas stage bercakap. aku rasa kalau aku kentut pon bole dengar satu dewan. serious. senyap gila sampai kan bole rasa mcam nak pening kepala.

kalau mcam kat mesia, student sorang2 gi naik pentas pastu ambik sijil masing2 kan? kat jepun tidak. hanya wakil kelas aje yg pegi ambik sijil. sijil kita tu akan diedarkan selepas majlis selesai. sangat la tidak meriah. tapi aku rasa mcam nak gelak plak bila pengacara majlis tu sebut nama aku. ada dekat 30 minit aku ajar dia cara nak sebut nama aku dengan betul (aku ajar dia 2 hari lepas, mesti dah lupa la tu), tapi kantoi jugak. maaa... tak kesah la, nak buat mcam mana, lidah org jepun ni memang dah keras.

pastu yg sial nya, mcam mana la mobile phone aku bole bunyi lak time wakil student bagi ucapan. gonjeng call. dah la melodi pac man yg happy gila. sedang wakil student tu tgk syiok + feel gila bagi ucapan sampai teresak2 atas stage tu, dan sumer org dah mcam 感動 (kandou - deeply moved emotionally), bole pulak aku rosakkan suasana terharu + sedih diaorg. sorry to stole your thunder! tapi bila aku dapat aje sijil aku, aku rasa ok la kot sebab cantik dan cool sijil aku tu. dapat dua pulak tuh. satu versi english satu lagi versi japanese. bebudak jepun lain dapat sijil versi japanese aje. hahaha bengang aje bila aku pegi belagak ngan diaorg hahaha. cuma dai chan aje yg stay cool tak kata apa2.

majlis abis, sumer org nak ambik gamba. keluar2 aje dewan, kohai2 aku dr communication club dah tunggu. sanggup gak diaorg datang eh. diaorg sumer nampak mcam happy aje, kecuali asami chan. budak ni memang la. buat2 sedih lak time berpisah. time farewell party ari tu pon mcam tu jugak. salam ngan aku tak nak lepas tangan. aku pon turut jadi sedih. dah la manicure kuku dia bagi aku tak kawaii sebab besar sangat hahaha. ada jugak rupa2nya org yg nak sedih berpisah ngan aku ni hahaha. nampak sangat aku ni senpai yg baik, penyayang lagi disayangi hahaha. hitomi chan plak sporting gila posing ngan aku for the camera. tapi dia tinggi 10cm drpd aku la. dah la pakai high heels, terpaksa la aku panjangkan leher sket.

pastu bini bars (budak mongolian) makin lawa pulak. aduh best nya bars dah ada bini. lawa gila plak tuh hahaha. dulu time aku mula2 jumpa bini dia time baru sampai jepun, nampak mcam biasa aje, tapi skang bila dia dah pandai bergaya style jepun.... fuuuh !!! nasib baik bini memba, kalo tak memang la... hehehehe. tapi aku rasa bini dia suka kat aku la. mcam selalu aje usha aku hehehehe asal aku bole perasan lak nih. ish ish ish tak bole suka kat bini memba sendiri, nanti tak pasal2 kena penampar sumo bars perkasa. dah la tadi time aku jogging, bole terserempak ngan dia sensorang naik motor.

aku sempat tangkap2 gamba sket ngan kohai2 aku tu tapi tak sempat cakap sangat sebab aku ngan classmate aku dah kena pegi 謝恩会 (shaonkai - majlis 'terima kasih cikgu' - you got the meaning right?). aku sebenarnya nak jugak cakap sepatah dua kat diaorg, yg aku dah anggap diaorg mcam adik2 aku sendiri, tapi takde masa.... ah nanti aku tulis la surat kat diaorg, selesai masalah kan?

kat shaonkai tu tak banyak sangat makanan yang aku bole makan. ada sashimi salmon. sedap gila. pastu ada kai yaki. ni pon sedap. pastu seafood pilaf. tarako spagetti. salad. pastu buah2an. yg lain sumer HARAAAAMMMM!!! tapi aku rasa sedikit gembira plak bila yui kun yg dulu nya asyik duk tarbiyah aku supaya makan babi, kali ni dia plak yg warn aku pasal lasagnia yg ada daging. aku dah tau dah tapi happy gak tengok dia dah berubah. jadi matang sket.

pastu tiba la time sensorang bagi ucapan. kitaorg dibahagikan kepada research group memasing so macam biasa la, kalo research group aku, memang aku la yg kena jadi leader buat semua. group2 lain bagi la ucapan2 yg lucu2 tapi group aku lain. bila group aku dipanggil, aku pegi aje dekat microphone, pastu dengan selamba aje nyanyi lagu sakura (moriyama naotaro) sampai habis. murata, nagato ngan yuusei buat gaya tengah menangis kat belakang. abis nyanyi, belah aje tak cakap apa2. mcam sial aje tapi nasib baik sumer org gelak. kalo tak memang la teramat la kurang ajar ngan cikgu2.

pastu aku rasa nagasaka sensei dah mabuk gila time dia bagi ucapan. dah la tiba2 aje citer pasal bini dia yg kononnya power blow job, pastu nyanyi lagu folk nagano sambil menari2 keliling bilik. sensei ni memang power gila. tiap2 bulan mesti gi oversea buat presentation pasal research dia. tapi bila dah mabuk, memang buat benda2 bangang. haha.

bila lebih kurang jam 1800, shaonkai abis. dan masa terakhir aku bersama memba2 sekelas aku pon turut sama habis. time bebudak nih dah mabuk2 baru la aku sibuk2 nak ambik gamba ngan diaorg. ah, lupa plak nak ambik gamba ngan nagasaka sensei!

abis shaonkai, aku pegi umah bak sebab mak dia ada buat nasi beriyani untuk makan lepas baca yasin sempena naik rumah baru. rumah ni memang modern gila. bila aku tengok aje rumah bak, aku dah nekad. aku nak kerja kat jepun. abis degree aku tak nak balik malaysia terus. rent 70000 yen sebulan tapi syarikat bayar 40000 yen so ok la. mak dia pon ada bawak 2 bakul kfc drpd mesia, so kitaorg yg memang dah kempunan kfc halal ni apa lagi, melantak la. sambil makan tengok episod terakhir drama hana yori dango season 2. aduih mcam hindustan pon ada gak jalan citer drama nih. apa la yg best sgt pasal drama nih selain drpd pelakon2 dia yg kawaii?

eh post aku hari dalam bahasa melayu la!




2 comments:

  1. Anonymous2:22 PM

    omedetto gozaimas!! seronok la kamu sudah graduate. and u looked good on da day!! sy masih ada 6 bulan lagi dan setahun lebih utk ber-convo. aish.

    ReplyDelete
  2. arigatou gozaimasu. but this is not the end. i'm furthering my studies for another 2 years, this time i'm going to akita. but it feels weird to leave all your friends behind just like that.

    uu setahun lebih lagi until convo? ganbare!

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin