Friday, July 11, 2008

di raba sebelum solat jumaat

tengok jam. sudah pukul 12:10 tengah hari.

solat jumaat start pukul 12:20. jalan cepat sket ah, biar sampai surau awal.

aku berjalan pantas, mata lurus ke depan.

aku tak nampak awek2 berskirt mini kiri kanan.

aku tak nampak paha2 mereka yg putih melepak.

lagi2 dek pantulan cahaya matahari.

aku dalam perjalanan nak menunaikan solat.

aku berjalan pantas, mata lurus ke depan.

[ ali ! ali ! ]

hmm? sapa yg panggil tu?

alamak!

awek yg suka sentuh2 tu datang melambai plak!

aku tak nak terbatal air sembahyang plak.

so aku jalan pantas, mata lurus ke depan.

* * * * * * * * *

tapi aku sebenarnya jalan lambat, mata plak terus pergi ke arah suara yg memanggil nama aku.

baju style british high school punya sweater. mini skirt.

kalo terbatal wuduk, kena buka kasut, buka stokin, baru bole ambik wuduk balik.

tidak!

kali ni aku takkan benar kan dia nih raba aku!

* * * * * * * * *

baru aje 10 saat aku start bercakap, dia dah nak raba siku aku.

aku dengan pantas bertindak mengangkat siku.

biar dia raba tulang rusuk aku yg berlapik dengan baju daripada sentuh siku aku yg bogel.

tapi 'awek suka meraba' nih macam kucing.

lagi dia tak dapat, makin aktif dia nak tangkap.

[[ aku rasa, kalo ada sapa2 yg bagi dia hadiah ipod touch.

mau dia gelak sampai mati sebab gembira gila. ]]

aku bersilat demi mempertahankan wuduk.

aku serious. gilak serious. sebab aku tak nak bukak stokin.

* * * * * * * * *

dalam kesengitan pertarungan yg hangat itu.

mcam mana ntah.

aku bole terlutut dia punya ibu jari sebelah kanan.

macam jaguh tomoi siam, aku bagi lutut sama itu ibu jari.

krak!

rangup bunyi pertembungan itu.

tapi air muka 'awek suka meraba' tu tak rangup langsung.

sakit sangat ke kena lutut ngan aku?

* * * * * * * * *

akhirnya aku berjaya mempertahankan wuduk.

tak payah buka stokin, bole terus solat.

tapi aku rasa.

lepas ni awek tu tak akan datang raba aku lagi.

cet.

* * * * * * * * *

aku tak kesah pon kena raba.

tapi jangan la time aku nak gi solat!

tapi aku rasa mcam tak adil la.

asal pompoan bole raba laki.

tapi laki tak leh raba pompoan?

i demand gender equality !!!

4 comments:

  1. uish, ni kat mane nih?

    ReplyDelete
  2. ahaha ni post lama dah nih.

    happened in Akita, land of kiritanpo, komachi rice, and bijins!

    ReplyDelete
  3. akita bijin kai?
    tk nah sampai lagi akita, tp Baha cakap "kat sane,Mak org pon ko nak..." tol ke??LOL

    ReplyDelete
  4. aku tak pasti la taste Baha mcam mana, tapi awek2 kat Akita tuh bole tahan gak la... cair salji2 yg tebal hehehe...

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin