Sunday, August 26, 2007

orang jepun ni memang baguih bebenor !!!

dua situasi yg hampir sama, tapi ending nya amat lah berbeza.

situasi pertama: lokasi nya di KFC Pasir Mas Malaysia:

lepas makan dan bayar bill, aku terus pergi ke kereta nak anta kawan aku ke rumah nya. masuk aje kereta, baru aku teringat yang aku tertinggal handphone kat atas meja dalam KFC tadi, so dengan tergesa2 nya aku pegi kedai tu balik untuk dapat kan handphone aku. tengok atas meja, takde. tanya org kedai pon, dia cakap tak nampak pon.

aku heran. mcam mana la bole tak nampak sedang kan dia yg bersih kan meja yg aku baru pakai tadi. dengan penuh perasaan sedih dan kesal (dengan kecuaian diri sendiri + ketidak telusan org kedai kfc), aku pulang sambil berkata dalam hati " hmm... nak buat mcam mana.....".

situasi kedua: lokasi nya di SUNKUS Akita Jepun:

pukul 4 pagi. tiba2 aku dahaga yang amat sangat. so dengan muka mamai gila ngantuk nak mampos nya aku angkat kaki, kayuh basikal sampai kombini 24 hours sunkus yg terdekat. beli vitamin water sebotol + pau kacang merah. balik bilik, minum, tido. bangun besok pagi, tengok iklan: pizza ten four buat sale 3 pizza for just 1500 yen! apa lagi terus call. pizza sampai, time nak bayar baru sedar yg dompet duit aku HILANG! TAKDE! nasib baik dalam bilik ada duit syiling, bole juga bayar pizza. cari punya cari, memang dompet tu takde dalam bilik. fikir2 balik, tak lain tak bukan, mesti hilang kat sunkus pagi tadi. so dengan perasaan berdebar2 nya aku pegi sunkus. memang cuak woo, dalam dompet tu dah la ada alien card, atm card, mastercard etc. sumer nya benda2 penting yg memastikan aku hidup dengan baik kat jepun nih.

aku tanya kakak cashier: "ado napok dok wallet sayo? sayo raso ado jatuh kat keda nih". kakak cashier tu cakap "tungu kejak deh nok gi check dale". seminit lepas tu dia keluar dan suruh aku describe wallet aku dan bagi aku punya full name sebab nak check betul ke aku nih the REAL tuan punya wallet tu. syukur alhamdulillah. bila aku dapat wallet aku, punya la terkejut nya sebab semua kandungan dalam wallet aku mcam TAK terterusik langsung. duit 60000 yen dalam wallet tu pon ada semua. bole la aku beli ps3 !

kalau org cashier yg jaga kedai pagi tadi tu nak kebas duit 60000 yen dalam wallet aku tu pon, boleh aje. dia pon jaga kedai tu sorang2. pelanggan lain pon takde time aku gi kedai tu. aku tanya kakak cashier tu jumpa kat mana. dia cakap org yg jaga kedai pagi tadi tu jumpa kat luar entrance kedai time dia nak sapu lantai kat situ. maybe wallet aku tu terjatuh time aku nak masukkan dalam poket belakang kot. mesti mamai punya pasal, wallet tak masuk poket pon boleh tak sedar.

begitu lah cerita nya. situasi yg hampir sama (aku tertinggal barang kat kedai), tapi ending nya berbeza. kadang2 aku rasa sedih pula. apabila kita tertinggal barang especially barang yg berharga kat malaysia, memang kebiasaan nya kita expect benda tu kita tak akan dapat balik. kalau dapat pon, duit dalam wallet mesti kena kebas punya. tapi benda nih jarang berlaku kat jepun. adakah ini perbezaan nya org yg mengaku islam dengan org jepun?

benda2 mcam ni la yg buat aku makin suka ngan jepun nih. diaorg nih bersopan santun + baik budi pekerti. of course la diaorg ada juga keburukan yg takde dalam org mesia, aku pon banyak dah kutuk org jepun dalam blog nih, tapi kebaikan diaorg jelas menonjol drpd keburukan diaorg. patut la tun mahathir pon respect gila ngan org jepun. hmm... maybe aku kena change plan aku. dulu aku plan nak kerja kat jepun 2-3 tahun aje. skang aku rasa mcam nak kerja 5 tahun plak hehehe.

p/s: gamba diatas tiada kaitan langsung dengan post aku. eikura nana (榮倉 奈々). awek okinawa memang BESST !!! (tapi dia asal kagoshima sebenarnya...) click for bigger picture.

2 comments:

  1. aku pernah tertinggal jam kat warung dekat tempat keje aku.. macam nak giler malam tu di buat nyer, bukan sebab harge jam tu, tapi nilai sentimental nyer, esok aku tanye brader tu.. blom sempat bukak mulot dier dah cakap.. "aa jam ko tertinggal." trus bagi, terkedu aku bro. padehal baru firstime aku pegi warung tu

    ade agi orang yang telus, tapi dah tipis ar.

    btw, cam ne ko ble kecek klate kat kombini sunkus tuh :P

    p/s: "jangan jadi beban negara" - one litre tears

    ReplyDelete
  2. yaa maybe cara aku tulis post tu sedikit bias, tapi that's my personal experience. sebenarnya, kat mesia lagi ramai org yg jujur, telus dan baik hati drpd mereka yg berhati busuk; tapi kan best kalo kenkadang kutuk negara sendiri? hehehehe.

    haa yg perbualan kat kombini tu adalah translation japanese - kelate yg aku buat dlm hati aje la hehe. memang mcam tu pon. masuk telinga kot japanese, tapi sampai ke otak dalam bentuk bahasa kelate. aku kan anak jati kelate chewah.

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin