Monday, January 12, 2009

ngomen pasal konflik palestine

Kat sini aku banyak tulis pasal benda2 yg mengarut tak ingat dunia punya.

Kalau ada orang yg datang sebab nak baca pendapat aku pasal issue politik ke, issue agama ke, issue apa2 aje la yg serious sket, maka mereka akan hampa sangat2 sebab aku tak brapa suka post benda2 yg serious nih.

Bagi aku, kalo org nak baca pasal sumer issue2 tuh, diaorg bole baca di blog orang lain yg lebih arif pasal issue2 tersebut.

Tapi aku tak bole alih pandangan daripada satu issue kemanusiaan nih: ISRAEL-PALESTINE CONFLICT.

Sejak aku lahir, sampai hari ini, issue hangat nih tak penah selesai.

Baru2 ini aku tertarik dengan interview Al-Jazeera dengan salah seorg wakil Fatah, yg menegaskan bahawa issue Israel-Palestine merupakan issue tanah, bukan nya issue agama ataupon bangsa.

*Fatah nih dikatakan lebih non-violent (dan lebih diplomatic) sket berbanding Hamas; dan US, Turkey dan Egypt lebih senang berurusan dengan Fatah berbanding Hamas, kerana history Hamas dahulu yg lahir daripada pemberontakan student2 Egypt menentang pemerintah nya.

Nyata sekali wakil Fatah itu bijak dalam memberi pendapat seperti itu, kerana approach seperti itu lebih mudah untuk mendapat sokongan international yg realitinya agak rimas nak tolong orang Islam.

Tapi kenyataan wakil Fatah itu jauh sekali daripada kebenaran.

Teras utama conflict ini tak lain tak bukan adalah kerana conflict tiga agama Abrahamic utama: Islam, Christianity dan Judaism.

Walaupon conflict Israel-Palestine selesai dengan Hamas menjadi badan governance dengan 2 state solution (dimana border Gaza dan West Bank kekal mengikut Belfour Declaration 1917), tidak akan wujud situasi aman di Holy Land.

Kenapa?

Orang Islam sudah pasti tidak akan berpuas hati selagi Israel wujud di muka bumi.

Orang Yahudi pula lebih sanggup mati daripada meninggalkan tanah Israel.

Orang Kristian pula mahu tanah Palestine menjadi hak milik Yahudi 100% untuk memenuhi criteria untuk Armageddon berlaku. > ni panjang ceritanya. Cuba selidik sendiri pasal criteria yg perlu dipenuhi agar Jesus dapat turun ke bumi untuk selamatkan org Kristian dan org Yahudi yg convert masuk Kristianiti.

Kesimpulan nya, selagi wujud nya penganut ketiga2 agama tersebut, tanah Holy Land itu tidak akan aman; sama seperti sejak beribu-ribu tahun lagi. Tanah Palestine telah dikuasai oleh pelbagai kuasa penjajah dari seluruh genap dunia; bersilih ganti.

Tapi itu tidak bermakna kita bole pejam mata tutup telinga dengan ketidak-adilan yg berlaku di tanah Palestine sekarang.

Apa yg kita bole lakukan, sebagai seorang manusia biasa yg tak punya apa2 kuasa besar?

Boikot barangan Israel dan US?

Bagus juga cadangan itu, tapi aku tak nampak yg tindakan itu boleh merubah apa2.

Walaupon begitu, paling kurang pon tindakan tersebut dapat menaikkan kesedaran masyarakat tentang kekejaman rejim Zionis.

Itu lebih penting.

Yang penting adalah peningkatan tahap kesedaran masyarakat yg konflik ini bukan nya di cetuskan oleh rakyat Palestine, tetapi oleh polisi Israel sendiri yg tidak mahu memerdekakan Gaza dan West Bank.

Issue nya adalah kerana Israel mahu taraf hidup di Gaza dan West Bank jadi begitu buruk, sehinggakan orang Palestine itu sendiri akan angkat kaki dan berpindah ke negara Arab lain.

Israel mahukan semua tanah Palestine, dan cara yg terbaik untuk menghalau orang Palestine drpd tanah mereka sendiri adalah dengan merangsang mereka supaya meninggalkan tanah air mereka sendiri.

Itu lah misi utama golongan2 yg menyokong objective rejim Zionis.

Walaupon begitu, aku cukup hampa dengan negara2 Arab lain yg kaya dengan duit minyak.

Kekayaan Pak2 Arab nih setanding dengan Pak2 Yahudi; kalo mereka betul2 nak tolong Palestine secara tekanan politik terhadap US, bole aje.

Cuma diaorg tak nak ajeh.

Diaorg lupa dengan pesan Rasulullah (saw) supaya meninggalkan budaya asobiyyah arab.

Semua nya sebab sayang kan duit.

Tak guna umat Islam jadi umat paling ramai kat dunia ni pon.

Kalo kita tak bersatu.

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin