Friday, April 06, 2007

aku dah masuk univ !!!

selepas 4 tahun hidup hanyut di jepun, akhir nya masuk jugak universiti. hari ini merupakan hari 入学式 (nyugakushiki - majlis masuk skolah?) bagi akita universiti dan majlis ini akan menjadi tanda permulaan nya hidup baru aku kat akita nih.

'school entrace ceremony' kat jepun pon memang dibuat secara formal (dan rajin) jugak, ada adat2 dan turutan dia; sama mcam majlis graduasi. bangun, bow, dengar org cakap, duduk, bangun, bow, dengar org cakap, time org tepuk tangan lepaskan kentut yg dah lama tahan tadi, duduk, bangun, bow...... tapi yg best nya bila majlis yg formal tu dah abis, ada persembahan musical yg bermacam2 tema nya: musik latin, brass band, jazz, opera etc. dalam sejam gak persembahan ni. baru la rasa mcam kita nih diraikan sket.

lepas abis musical performance tu, aku, meng yau ngan zarul decided to leave. time kitaorg nak kuar bangunan tu kot main entrance, terkejut gila bila nampak ramai nak mampos bebudak kelab sedang menanti. diaorg tengah nak promote club/circle memasing la tu. mcam org yg datang nak promote kelab lagi ramai drpd org yg baru masuk univ. bebudak ragbi datang pakai baju ragbi diaorg. bebudak aikido ngan baju diaorg. bebudak japanese archery ngan baju bushido memanah diaorg. tapi asal bebudak renang tak datang ngan baju diaorg?

ah malas plak nak sambung tulis. aku biar gamba2 kat bawah aje la yang bercerita:

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin