Tuesday, September 02, 2008

puasa hari ke dua

puasa hari kedua nih memang agak mencabar buat aku.

mencabar bukan sebab lapar ke.

panas terik ke.

tapi sebab aku kena present seminar selama 2 jam.

perit anak tekak.

air... aku mahu air...

tapi alhamdulillah.

walaupon tajuk seminar aku susah nak faham.

熱流体物理量 (bincang pasal tenaga mekanik, haba dan tekanan dlm zarah2 - malas ah nak check maksud kot melayu or omputeh)

takde la aku kantoi sangat.

nasib baik prof aku banyak tolong dengan menyampuk time aku tersangkut nak explain. budak2 ni pon tanya soalan susah2. siot tul. nanti time diaorg present, aku nak tanya soalan susah jugak. balas dendam hahaha.

seminar habis pukul 4.

anak tekak menjerit, perut berkeroncong alunan yg tak sedap.

adoi lambat lagi ke nak berbuka nih...

lepas abis, memba lab tanya:

"bakpo demo napok letih jah haghi nih? sakik ko?"

"ooo takde apa2. cuba aku letih sebab aku puasa"

"poso?"

"yap. skang muslim satu dunia tengah berpuasa. hari ni hari kedua. kitaorg kena puasa selama sebulan"

"sebule keno poso? tok mati ko? kawe kalu tok make setengoh haghi pon ghaso leloh"

"bukan nya puasa satu bulan. bila malam bole makan. tapi time matahari ada, takleh makan atau pon minum"

"ooo gitu. gagoh demo neh! ganbare!"

dulu time aku kat nagano collage of tech, aku penah cabar tutor aku puasa. dia bole tahan 3 hari ajeh. tapi siot punya manusia, lepas tu sebab aku ejek dia tak power, bole dia balas balik dengan datang tempat aku, pastu minum air sambil buat suara2 enak.

adoi lambat lagi ke nak berbuka nih...

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin