Sunday, December 18, 2005

saje aje

saje aje

dah lama tak menaip dalam bahasa melayu, so ari nih aku cuba menaip dalam bahasa ibunda ku fuu!! hmm hari nih nak tulis style one picture one story. gamba2 nih aku ambik tadi.

みかん。 mikan, jepun punya buah mandarin. aku suka gila buah nih. memang selalu aje beli sebab tempat aku (nagano) memang sedap buah nih kalo nak dibanding kan dengan tokyo. rasa nya.. macam buah mandarin la tapi manis sket. lepas makan nasik mesti aku balun buah nih. kalo ko pergi rumah org jepun, mesti buah ni diaorg akan letak atas meja, tak pon atas kotatsu (meja bulat, ada heater kat bawah). kalo takde buah nih dalam rumah org jepun, sah diaorg tak nak ngaku org jepun la tu.

perasa pringles baru. devil hot !? aku cuba rasa takde la pedas sangat pon, tapi bebudak jepun nih lebih2 lak reaction diaorg bila makan. macam la benda nih makanan paling pedas penah diaorg makan. org jepun memang tak tahan pedas pon. aku yg masak manis2 pon diaorg kata pedas. tak paham betul aku lidah diaorg. tapi ada jugak sorang dua classmate aku suka gila pedas2, especially kari. kalo duk ngan diaorg, citer pasal kari aje. aku cakap kat diaorg yg aku nih tak masak pedas2, sebab aku pon tak tahan jugak. terus diaorg hampa. bukan sumer org mesia suka pedas wooi ! org kelate mcam aku nih memang tak tahan gile pedas2, especially kalo masakan org melaka, negeri sembilan dan lain2. org melaka.... seram siot.

餅。mochi. ni la japanese rice cake. kaler dia ijau sebab dia campur ngan green tea. pastu inti nya pulak letak red beans. aku sejak duk mesia lagi suka red bean, so memang best gilo la mochi nih. lembut, gebu, montel, berisi... enak sekali !! aku rasa kat mesia pon ada gak kuih nih, tapi lupa la pulak. mcam kuih kelantan, cuma kaler dia kuning. eh ke kuih lain? ntah la tak ingat la pulak, yg aku ingat kuih tu pon sedap jugak, tapi kenkadang manis sangat la !!

salji dah lebat dah kat skolah nih. ni gamba kat padang kecik depan main school building. benda yg terpacak kat tengah2 tu illumination tree la konon nya. konon2 nya nak timbul kan suasa krismas la tu. hehe. ntah la diaorg nih, walaupon tak sampai 1% pon org jepun yg kristian, diaorg sambut krismas gila2. perayaan diaorg sendiri takde la pulak mcam ni. heran2.

No comments:

Post a Comment

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin