Friday, May 01, 2009

tak nak balik berkhidmat untuk negara ke?

aku ditaja JPA untuk belajar di Jepun selama 6 tahun.

april 2003 - march 2009.

setahun buat bahasa jepun, 3 tahun buat diploma pastu lagi 2 tahun buat degree.

kalo ikut rate sekarang, biasiswa bulanan yang aku dapat adalah lebih kurang rm4800.

(100yen=rm3.7)

rm4800 darab 12 bulan darab 6 tahun = rm345,600.

banyak tu.

tu tak kira duit yuran pengajian + elaun buku la, elaun pindah, elaun kesihatan etc.

kalo campur sumer2, ada kot cecah setengah juta.

" setengah juta? banyak tu beb, but still, ko masih nak stay kerja kat jepun, tak nak balik berkhidmat untuk negara, untuk rakyat ke? "

ke sudah lupa diri?

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

dulu aku banyak kali terbaca berita pasal student overseas tajaan kerajaan yang lepas graduate, tak nak balik mesia, langgar contract dengan terus sambung kerja kat oversea, pastu tak bayar plak tuh duit pinjaman.

kerajaan taja mahal2 supaya nanti dia bole balik untuk berkhidmat untuk rakyat.

tapi balasan nya, dia lari entah ke mana, demi kepentingan diri sendiri.

taufiq ali, kamu macam mana?

KLIK UNTUK BACA SETERUSNYA !!

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

kontrak aku dengan JPA lebih kurang mcam nih:

aku belajar sampai dapat degree dalam kejuruteraan mekanikal kat universiti nasional jepun, dan lepas graduate, pihak kerajaan berhak memanggil aku untuk bekerja dengan mana2 badan kerajaan yg memerlukan. jika aku tidak berjaya untuk menghabiskan pengajian dalam masa yg ditetapkan @ menolak tawaran pekerjaan daripada kerajaan selepas graduate, aku bole dikenakan saman dan perlu membayar balik duit ganti rugi (duit biasiswa) kepada pihak JPA.

seterusnya, selepas cukup setahun daripada tarikh aku graduate secara rasmi, tetapi pihak JPA masih belum memanggil aku untuk berkhidmat dengan mana2 badan kerajaan, maka aku bebas daripada kontrak dengan JPA tersebut.

aku tak perlu kerja dengan kerajaan dan aku tak perlu bayar apa2 pun jika perkara diatas berlaku.

sebelum aku masuk company aku skang, aku dikehendaki oleh pihak embassy untuk menghantar satu surat ajaib.

surat perlepasan kontrak namanya.

kuasa surat tersebut adalah untuk memendekkan masa menunggu untuk ditawarkan untuk bekerja dengan kerajaan, daripada 1 tahun kepada 0 hari.

0 minit, 0 saat.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

jadi legally, aku tak perlu punbalik untuk bekerja di malaysia.

tapi aku tetap rasa yang aku perlu berkhidmat untuk negara.

kalau tidak, buat apa kerajaan habiskan setengah juta; cuma untuk lahirkan seorang jurutera yang akhirnya bekerja dengan syarikat bukan kerajaan?

bukan kah pelik lagi aneh sekali program tajaan luar negara yang aku sertai nih?

pelik, memang pelik.

aneh, memang aneh; kalau kita tidak tahu objective utama buah fikiran tun mahathir nih.

anda pernah dengar pasal dasar pandang ke timur tak?

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

seperti ramai muda mudi malaysia zaman sekarang, tun mahathir pun suka sangat2 dengan jepun dan rakyat2 nya.

muda mudi suka anime dan manga, tun mahathir suka dengan japanese work ethics.

muda mudi suka j-pop dan j-dorama, tun mahathir suka dengan japanese customer service.

muda mudi suka mihiro, tsubomi, maria ozawa, yoshizawa akiho, yui komine, sakurako, riko tachibana, takako kitahara, tina yuzuki, hiyori shiraishi, nao yoshizaki, ran monbu, erica kurisu, kaede matsushima, serina hayakawa, yuka ozawa, rio hamazaki, sakura sakurada, jun seto, kazama yumi, ayukawa nao, asami yuma, hatsune minori, natsume nana, mizaki mao, nakano mina, imano yume... (kalo korang tahu lebih daripada 5 nama di sini, maka korang memang kena kurang kan tengok japanese AV... seriously dude ;p)

tun mahathir suka japanese punctuality, precision and passion for detail.

tun mahathir suka + kagum sesangat dengan orang jepun nih, sampai dia mahu makin ramai orang malaysia yang jadi macam orang jepun.

cara untuk menjadikan impian tun mahathir itu satu kejayaan adalah dengan menghantar student2 malaysia untuk belajar di universiti2 di jepun, dengan harapan bila mereka pulang nanti, akan terbentuk satu komuniti malaysian yang mempunyai ciri2 kejepunan, dan komuniti ini diharap dapat mempengaruhi rakyat lain untuk mencontohi sifat2 kejepunan yang tun mahathir suka sangat tu.

kesimpulan nya, tun mahathir mahu supaya rakyat malaysia pon mampu bertukar jadi ultraman.

memang cantik sekali rancangan itu.

tapi seperti mana2 rancangan manusia, ianya tidak sempurna.

[note: aku dapat explanation nih daripada bekas setiausaha peribadi tun mahathir ketika kami tengah minum kopi kat doutour selepas menunaikan solat jumaat di sebuah surau dekat dengan stesen shin-okubo. of course la aku tambah perisa sket...]

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

rancangan ini kurang sempurna kerana japanese work ethics tidak di ajar di universiti2 nasional jepun, tetapi hanya bole dipelajari apabila seseorang itu bekerja dengan syarikat jepun di negara jepun.

so kawan2 sekalian.

macam ini lah cara nya aku berfikir.

macam mana nak berkhidmat untuk negara.

adalah dengan menimba ilmu dan pengalaman bekerja dengan orang jepun, dalam syarikat jepun kat jepun.

sebab tu lah aku sengaja pilih syarikat yang tidak ada seorang pun pekerja malaysia.

aku masuk sorang2, dan hopefully aku bole buat kawan baru dan dapat memahami culture jepun sepenuhnya.

walaupon memang aku tidak nafikan, yang bekerja kat sini bukan lah mudah, tetapi aku kuatkan juga semangat.

bila aku dah rasa macam dah ada pengalaman, baru aku rasa aku boleh balik, dan tolong jump start project2 kat malaysia pula.

aku harap aku dapat ilmu dan pengalaman yang membolehkan aku mempengaruhi orang malaysia jadi ultramen, satria baja hitam, flashman, 5 ranger etc.

aku harap aku dapat menjadi 'jambatan' yang menghubungi malaysia dan jepun.

alamak, cakap besar plak aku nih.

tapi, itu lah motivasi aku buat masa nih.

motivasi ku adalah untuk memberi sumbangan kepada negara.

setengah juta punya budi, kena balas jugak walaupon orang tak minta.

[nota aneh: aku tak pernah lak dengar mana2 senior aku yang end up kerja dengan kerajaan. tidak ada seorang pon. majoriti yang kerja kat malaysia pon, masuk syarikat jepun juga. perkara aneh ini sebenarnya tidak lah aneh sangat. kerajaan nak pakai ke jurutera yang reti cakap bahasa jepun?]

16 comments:

  1. aku setuju gak a.. although aku rasa keje obersea cam best, but somehow i'm longing to be in Msia.. homesick kot aku nih.. hehe.. plus aku rasa obligated to bagi sumbangan kat negara sniri..

    Mara dah susah susah didik aku dari umo 16 taun sampai la skarang nih, kalau tak kenang budi lagi tu, tak tau a kan.. huhu..

    ReplyDelete
  2. lupe nk sambung, kalau aku dapat keje obesi pon, aku dah semat dalam ati takmo lelama, takut gak a kat tanah air orang ni nnt aku wat merepek ke.. hoho..

    ReplyDelete
  3. I have friend (Malaysian), who work at NICT,Kyoto. He has been in Japan for about 10 years..studying for 7 years in Kyoto. Aku fikirlah, mereka yang dah adapt budaya Jepun ni dan pulang ke Malaysia untuk keje, mesti sakit kepala kalau keje kat Malaysia. Macam kawan aku nih, nak cakap "boleh" dan jadi "boreh". Balik atau tak balik, its not a big problem, the matter is kat atlanta kite keje sekalipon, if we do something that make Malaysia proud..pun balas budi jugak kan. Who knows, satu hari nanti masa taufik keje kat Jepun, tiba-tiba dapat idea dan buat robot yang dapat tukar-tukar macam "transformer" untuk petik buah kelapa sawit kat Malaysia (contoh saje)..kan bangga juga rakyat Malaysia..Tun Mahathir pun akan cakap.."tak sia-sia aku hantar budak ni blaja kat Jepun". Where ever we are, we still can make Malaysia proud of us right?

    ReplyDelete
  4. taufik..Ganbatte ne!

    ReplyDelete
  5. gambatee abg ali

    ReplyDelete
  6. @munsep: ada orang boleh tahan kerja kat luar negara, ada orang tak boleh. macam aku ni pula, aku fikir yang aku telah diberi peluang untuk tambah pengalaman... rembat aje la sebelum terlambat, ketika masih muda nih.

    @cinta: thanks for the warm encouragement! really appreciate it! i'll try not to forget who i am, and how i got here.

    @duang: sama2 la kita ganbaru, duang! walau dimana kita berada!

    ReplyDelete
  7. dilema yg slalu dialami oleh bebudak tajaan JPA. I was in your shoes,nak buat OPT kat US tapi last2 kena paksa balik oleh my dad hahaha

    byk budak engineering balik dr US pun xdpt kerja, last2 kerja dgn private company of jadi PTD huhu

    anyway, your vision is really noble, i admire that. i bet for sure you can gain lots of experience, and good luck XD

    ReplyDelete
  8. *or jadi PTD (pegawai tadbir diplomatik)

    ReplyDelete
  9. @masmuni: yap, kalau pelajar perubatan, lepas graduate, balik malaysia then boleh terus berkhidmat untuk rakyat. pelajar kejuruteraan lain plak, memang kena cari kerja sendiri dan last2, kerja dengan company bukan kerajaan juga. student jepun lak masuk company jepun, kalo tidak sia2 la belajar bahasa jepun. i think although we didn't see it, we ARE 'giving' something back to malaysia in indirect ways by just working in positions that were are supposed to held; maybe we could help the local staff when dealing with foreign customers, giving different ideas through our exposure to the 'outside' worlds etc. although we did not work under the government, that is the only way we could pay back our 'debt' to the society, and one must never forget whose money were used to get him/her to the position that he/she currently resides.

    ReplyDelete
  10. Nice piece of writing, as always.

    ReplyDelete
  11. thanks adilla, would love to hear your opinion about the subject!

    ReplyDelete
  12. My opinion? I agree with you, completely. I am still here in the US for the same reason; I am getting as much experience as I can so that I can apply all that when I come back.

    But also, I can't go back at this point, even if I want to LOL I need to finish first. (But I DID work for a year :D)

    ReplyDelete
  13. Sebagai seorang penjawat awam yg dedikasi, agak2 kau la, apa jawapan yg aku nak bg?

    ekekekeke.

    Aku setuju, sebab aku rasa kau x penah kutuk membabi buta or totally sistem pentadbiran Malaysia. And of course, I understand. We need skills, very good skills to pay back to our country.

    ReplyDelete
  14. @adilla:
    otagaisama ganbarimashou! :)

    @jismin:
    jawapan yg ko nak bagi? hmm... bagi aku fikir sekejap... hmm... sila balik malaysia sekarang juga tapi bila sampai malaysia sila cari kerja sendiri hahaha!

    "Aku setuju, sebab aku rasa kau x penah kutuk membabi buta or totally sistem pentadbiran Malaysia."

    aku cuma agak curiga di sini... ko setuju hanya sebab aku tak 'kutuk'? agak aneh cara ko membentuk pendapat...

    ReplyDelete
  15. nice thinking of yours,
    menjadi motivasi untuk mnjadi diri-sendiri dlm tempoh 10 tahun mendatang ni..

    ReplyDelete
  16. hope it helps you decide on what you want to do after graduation!

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin