Thursday, June 18, 2009

soalan dari orang jepun pasal malaysia

tak ramai orang jepun yang tahu pasal malaysia.

tapi yang masih bagus nya ialah mereka ni ada sifat suka bertanya.

aku pula tidak penah jemu untuk menjawab soalan2 mereka, sedaya pengetahuan aku yang cetek ini.

tak kira la walau betapa bangang, jahil, bodoh, arrogant ignorant etc... pun isi soalan2 tersebut.

kerana dalam banyak2 soalan2 ringan yang ditanya, pasti muncul beberapa soalan yang memaksa aku untuk berfikir dengan lebih teliti agar tidak memberi jawapan salah yang boleh memberikan imej songsang dan tidak tepat terhadap malaysia.

contohnya soalan2 yang menyentuh isu2 perkauman, hak asasi manusia, kesamarataan dalam polisi kerajaan dan lain2.

aku sedar dan faham bahawa isu2 seperti yang disebut diatas cukup berat sekali, lebih2 lagi untuk negara seperti malaysia yang dihuni oleh manusia pelbagai kaum dan etnik, pelbagai kepercayaan agama dan budaya.

contoh soalan: macama mana la orang cina, orang india dll, bole wujud semangat nasionalisma dan patriotisma jika masih wujud polisi kerajaan yang terang2 mengutamakan sesetengah kaum sahaja?

ada juga soalan2 yang memaksa aku menghakis segala bentuk persepsi, stigma dan prejudis yang berlapik-lapik menghuni lapisan otak ku, hasil daripada pengaruh agama dan budaya ku selama ini. proses 'pembersihan' ini amat penting jika aku benar2 mahu menjawab soalan2 tersebut dengan jujur, ikhlas dan lebih penting, sedekat mungkin dengan kebenaran.

contoh soalan: kenapa undang2 malaysia tidak membenarkan seorang melayu muslim daripada menukar agamanya @ memilih untuk tidak terlibat dengan mana2 agama sekali pun? kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam islam hanyalah kata2 manis sahaja?

entah la pak ali, asalkan ko tak pening2 lalat duk pikir benda2 susah. kena ingat, bila tak tahu jawapannya, kena cakap tak tahu. tak boleh memandai-mandai!

namun aku tetap mahu cuba jawab apa sahaja soalan yang aku rasa aku mampu analisis dan beri jawapannya se'un-bias' yang mungkin.

kerana proses pemikiran yang perlu aku lalui untuk menghasilkan jawapan tersebut, banyak mengajar aku tentang malaysia yang tidak pernah aku tahu @ ambil peduli selama ini.

memang betul kata cikgu sekolah aku dulu, mengajar orang nih akan menambah ilmu kita sendiri.

korang pula bagaimana? sanggup jawab soalan2 seperti diatas?

9 comments:

  1. pernah alami situasi tersebut semasa belajar di US

    "contoh soalan: kenapa undang2 malaysia tidak membenarkan seorang melayu muslim daripada menukar agamanya @ memilih untuk tidak terlibat dengan mana2 agama sekali pun? kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam islam hanyalah kata2 manis sahaja?"

    my response: Negara Malaysia adalah negara Islam dan majoriti penduduknya adalah Islam. Oleh kerana itu Kerajaan cuba sedaya upaya untuk melindungi dan memartabatkan agama itu. Selain daripada itu, dalam agama Islam sendiri tidak membenarkan penganut Islam untuk menukar agama (murtad) dan hukumnya Haram.

    My answer is solely base on the Islamic rule and I don't know how to answer without using the religion's point of view.

    "contoh soalan: macama mana la orang cina, orang india dll, bole wujud semangat nasionalisma dan patriotisma jika masih wujud polisi kerajaan yang terang2 mengutamakan sesetengah kaum sahaja?"

    never been asked before and I must say this is a really tricky question. Its true that the non-bumis don't get much right as the bumis, but I'm sure all Malaysians (bumi and non bumi) love Malaysia. Malaysia is where they are born and where they spend most their lives at. Look at the Malaysians who study overseas, no matter what race and belief they have they are still proud of being Malaysian and will like to be called as Malaysian.
    (My nationalism and patriotism were higher when I was in the US huhu)

    ReplyDelete
  2. Good articles! Aku rasa lebih senang hidup kat negara yang tak kisah sangat hal negara orang. Macam aku tinggal kat Indonesia sekarang nikh, kalau dah menyentuh hal-hal antara Malaysian and Indonesian, naik darah dek. Ada yang tramat suka nak kutuk Malaysia..(but it mostly come from the person who never go out from this country, just said their own judgement)...kat sini semangat patriot mereka teramat sangatlah tinggi, misalnya ada anak ayam yang kita langgar dan mati plak, orang yang punya anak ayam tu bukan tuntut harga anak ayam aje dek, sampai cucu cicit ayam pun ada harganya. Dah selalu dah kena tanya yang pelik2 dan menaikkan pressure. Contohnya:

    Kenapa kat Malaysia tak ada kebebasan bersuara?
    My answer: Bukan tak bebas...bebas jugak..itulah Malaysia, bezalah dari kat sini.

    Kat Malaysia tak ada kebebasan beragama ya?
    My answer: Bukan tak bebas..bebas juga..itulah Malaysia, beza dari kat sini.

    Bahasa Malaysia tu terdengar lucu..
    My answer: Kalau kat sini Bahasa Malaysia tu lucu..kat sana juga sama.

    Kenapa banyak orang gaji(Indonesian) yang kena dera kat Malaysia?
    My answer: Hmmm...tak taulah..tapi lebih banyak yang tak kena dera kan?

    Tapi, sebagai rakyat Malaysia, aku tetap bangga. Semua negara ada kelemahannya, dan cara kita membawa diri di negara orang tu sangat penting kerana kalau kita buat kesalahan, orang boleh buat kesimpulan..oh! macam ni orang Malaysia. I love my country!

    ReplyDelete
  3. to masmuni:
    thank you for spending your precious time to write such an elaborate response!

    but i'm quite sure you already know that the answer that you wrote (especially about the murtad thing) can only work on malay muslims...

    and about the 'semangat patriotik/nasionalisma' among the non-bumis... i guess we'll never know until we ask them!

    pretty tricky, huh?

    anyways, i actually have my own 'answers' to both questions, as i have answered the questions one or two times before.

    of course i'm not 100% positively sure about the unbiased truthfulness of my own answers, but i'm pretty sure that it's quite different from the other 'responses' that i got concerning this particular issue here in blogspot and in my facebook's notes.

    i just wish that i had the time and 'semangat kerajinan' to write it down as a new post here.

    haish...

    i'm pretty lazy right now LOL.

    to cinta:
    thanks for sharing such an elaborate personal experience of yours!

    hahaha langgar ayam, sampai ke anak cicit dia minta pampasan ye?

    macam tu memang 'panas' la... hehehe.

    tapi berbeza dengan pengalaman saudari cinta , instead of rasa 'naik darah', saya pula lebih cenderung untuk bertanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri.

    sebab setiap undang2 yang direka itu, sudah pasti ada sebab dan alasan nya yang tersendiri.

    dari rasa ingin tahu inilah yang menemukan saya dengan fakta2 (dan juga teori2) tentang malaysia yang selama ini tidak pernah diambil peduli sekali pun.

    "Tapi, sebagai rakyat Malaysia, aku tetap bangga. Semua negara ada kelemahannya, dan cara kita membawa diri di negara orang tu sangat penting kerana kalau kita buat kesalahan, orang boleh buat kesimpulan..oh! macam ni orang Malaysia. I love my country!"

    Yap, setuju 100%! tiada negara yang sempurna di dunia ini, but i'm proud to be a malaysian too!

    ReplyDelete
  4. Yeah, I've gotten plenty of questions like these, especially in this past year. When it's concerning religion, I usually try not to say too much because I'm not knowledgeable and I don't want to end up saying the wrong thing. When it's concerning policies, I try to give an overview that includes both historical and current contexts.

    Anyway, this is unrelated, but I have to say I admire the fact that you can blog completely in Malay with no problems hahaha (not just this particular post).

    ReplyDelete
  5. malay is an easy language!

    do you also mean that YOU have a problem when it comes to writing in proper Malay?

    uish, nak kena marah ngan cikgu BM nih hahaha!

    ReplyDelete
  6. Yela writing in proper Malay la. Lol. I have no problems speaking, obviously. XD

    ReplyDelete
  7. ak rs jwpn nye.that was the agrement after british colonization(ak mls check spelling),
    it was mutual agrement in returnns of non malay citizinship..lg pon kt jpun bpe persen sgt non japanese kn?so ko ckp la nk protect budaya melayu.kt jermen,1bndr ad 2 or tige masjid,n org g masjid.tp azan xdbenarkn.gereja yg xde sp pegi,loceng leh lak dbenarkn utk bbunyi.org turki yg jd rakyat jermen xbising pon.so mcm mn ko nk ckp psl fair kn?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. 1lg psl demokrasi kn.democratic ini "adjective".adjective ni comparative je.cth "laju".basikal leh dkire laju klo nk dbndingkn dgn kura2.same jugak dgn demokrasi.ak bg cth."bapa demokrasi" dunia adlh amerika.

    1-ms perang afganistan.cr demokrasinye,ia adlh democratic sbb rakyat sokong.dunia xckp ape sgt pon compared to iraq war.

    2-perang iraq,1 dunia buat demo.kt amerika pon byk demo.tp war take place.klo kate ad WMD,mane bndenye?kasi tnjuk la.

    so ksimpulnnye dlm dunia ni xde la yg ultimate truth in media.scientific explaination pon bukn leh cover smua bnde,myb 70% truth.apetah lg dlm politic..

    ReplyDelete

Please use a constant nickname when commenting. Comments from anonymous users is not very welcomed. Select "Name/URL" from the drop-down list below (beside the 'comment as' section). Sila gunakan nickname untuk memudahkan rujukan. ニックネームを使ってコメントして下さい。

Blog Widget by LinkWithin